Semasa saya berada di tingkatan dua dulu, seorang rakan sekelas yang bukan Islam memberanikan diri dan bertanya mengapa Melayu tidak memakan babi. Dalam umor semuda itu saya tidak tahu sebabnya tetapi sekurang-kurangnya saya dapat membetulkan satu kesalahan iaitu bukan Melayu tetapi Agama Islam yang melarang dan sambil bergurau saya terus berkata orang kamupun tidak makan babi tetapi makan daging babi.
Balik ke asrama, saya terus bertanya kepada senior yang juga tidak dapat memberi jawapan yang boleh diterima oleh orang bukan Islam. Alasan yang lazim ialah ‘Agama kitani mengharamkan’ menyentuh dan memakan daging babi. Sehingga sekarang saya masih belum berkesempatan menerangkan fakta ini kepada rakan tadi. Mudah-mudahan beliau terbaca artikel ini dan mendapat kepuasan dari penjelasan seperti di bawah ini.
Di dalam Bible, Deutronomy 14:8 terdapat 3 kali larangan memakan daging khinzir (babi) dan salah satunya ialah: "And the Swine, because it divideth the Hoof, yet chewed not the Cud, ( partly digested food return to from the first stomach of Ruminants to the mouths for further Chewing ) it is UNCLEAN unto you; You shall not eat of their flesh, nor touch their dead Carcase.
(“Khinzir juga adalah kotor walaupun berkuku belah, tetapi ia tidak memamah baik. Jangan makan dagingnya dan jangan sentuh bangkainya”)
Untuk menguatkan lagi hujah di atas, Al Quran ada terkandung 4 larangan yang sama, salah satunya ialah: “Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging khinzir, daging haiwan yang disembelih atas nama selain Allah..” (Al Maidah 3).
Mengapa kedua-dua kitab mengharamkan memakan daging tersebut malah menyentuknya sekali? Ada tiga perkara asas yang boleh dibuktikan oleh sain terhadap daging binatang ini.
Pertama, Memakan daging khinzir mengundang banyak penyakit. Daging khinzir mengandungi sejumlah telur cacing parasit. Apabila seseorang memakan, telur itu akan masuk ke dalam usus dan menetas menjadi cacing parasit seperti cacing pita yang boleh memanjang sehingga berpuluh-puluh meter. Kemudian ia akan melepaskan telurnya yang akan memasuki aliran darah dan mampu sampai ke otak dan beberapa organ penting. Apabila memasuki otak, ia boleh menyebabkan kerosakan otak.Begitu jugalah dengan organ-organ yang lain.
Antara tanggapan yang salah oleh penggemar daging khinzir ialah apabila dagingnya dimasak dengan baik, telur-telur cacing parasit akan mati, namun satu kajian yang telah dijalankan di Amerika mendapati bahawa 22 daripada 24 pesakit yang dijangkiti telur cacing parasit mengatakan mereka telah memasak daging tersebut dengan betul. Jadi dapatlah disimpulkan disini suhu memasak yang biasa masih belum mampu untuk membunuh telur-telur cacing parasit di dalam daging khinzir.
Kedua, daging khinzir mengandungi lemak yang berlebihan. Tabiat memakan daging khinzir akan menyebabkan permakanan mempunyai lemak berlebihan pada badan. Lemak itu juga akan memendap pada saluran darah dan jika mendapan itu menebal, ia boleh mengakibatkan hipertensi dan serangan jantung.
Dan ketiga, Khinzir merupakan antara haiwan yang paling kotor. Contohnya, diperkampung dimana tidak terdapat tandas moden dan orang membuang najis secara terbuka, najis tersebut biasanya akan dimakan oleh Khinzir. Selain itu, Khinzir adalah satu-satunya binatang yang memakan najis sendiri serta najis khinzir yang lain. Ia juga membenarkan kawan-kawannya melakukan hubungan seks dengan pasangannya.
Dari huraian di atas, larangan Allah terhadap umat Islam adalah terbukti tepat, benar dan nyata.
Flickr Photo Stream
Selected News
Selected News
No comments: