Written by Unknown

Masjid Terapung Punang

by Unknown / 08 Dec 2022

Pening kepala kerana terdelay disebabkan oleh banyak isu spt pandemik, PKP, kekurangan bahan Binaan dan ketidak masukan pekerja dari negara...

ASIA

Getting My Life Simpler

March 15, 2022- Try to make my life simpler during the recovery period by doing things such as paying bills ahead of time and getting my wife to assist me in the days ahead (as siblings are not around in Kuching) It is also important ...

More ASIA
More FOOD

From The News

Utusan Borneo - Kerajaan Perpaduan

 Utusan Borneo  November 26, 2022. Mengharapkan ekonomi akan berkembang setelah lembab sejak PKP dari tahun 2020 - Tidak kira siapa saja Perdana Menteri. PM yang berjaya mengurangkan harga barang pasti akan boleh bertahan lama....

More From The News

More From The News

KPD Maley Tinggom

Posted by : OM on : Dec 5, 2014 0 comments
OM
Saved under : ,

Note: Close buddy in early 90s. Good golfer and used to give me some tips.

Melay Tingom dilantik KPD Belaga baharu Posted on December 5, 2014, Friday BELAGA: Anak jati Uma Lahanan, Sungai Asap, Belaga DSP Melay Tingom dilantik memegang jawatan sebagai Ketua Polis Daerah (KPD) Belaga baharu berkuat kuasa 1 Disember lepas. Majlis serah terima tugas itu disaksi oleh Timbalan KPD Sibu Superintenden Martin Khoo di Ibu Pejabat Polis Daerah Belaga, baru-baru ini. 


DSP Melay menggantikan KPD (B) Bakar Sebau yang telah bersara pada Jun lepas. Sebelum ini, jawatan itu dipangku Inspektor Miki Mohan Singh Ramday. 

Melay pernah bertugas di BN 1 Police Field Force (PFF) di Ulu Kinta, Perak dari tahun 1980 hingga 1988, IPD Bintulu (1989-1996), IPD Belaga (1997-2000), IPD Kanowit (2001-2003), Bukit Aman, Kuala Lumpur (2004-2005), IPD Sri Aman (2006-2013). 

Selain itu, Melay bertugas di Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak (SBHQ) dari 3 Januari 2014 hingga 29 November 2014 sebelum dilantik sebagai KPD Belaga baharu. Melay yang berpengalaman bertempur dengan komunis di Gerik, Perak, terlibat dengan operasi peristiwa Mamali (Kes Ibrahim Libya) pada tahun 1984, Misi PBB dan Kosovo pada tahun 1995/1999 dan gerakan memberkas saki-baki komunis di Sarawak pada 1988 hingga 1990. “Pegawai Daerah Belaga, pegawai kerajaan dan penduduk setempat kenalan lama saya. 

Saya harap pelantikan sebagai KPD Belaga dapat merapat lagi hubungan antara pihak polis dengan masyarakat,” jelasnya ketika ditemui pemberita. Turut hadir pada majlis tersebut ialah pegawai kanan, pegawai rendah dan pegawai awam IPD Belaga. 

Saved under : ,

No comments:

Leave a Reply