Latest News


More

AOL memenangi Kejohanan Golf Antara Kumpulan Media

Posted by : OM on : Jan 5, 2016 0 comments
OM
Saved under :

KUCHING: Pasukan Anak Orang Laut (AOL) memenangi Pertandingan Golf Antara Kumpulan Media 2016 yang julung kali dianjurkan oleh Damai Golf and Country Club (DGCC) di sini Ahad lalu.

 Mengatasi saingan sembilan pasukan lain, AOL diketuai Mohammed Amin Adenan ternyata unggul dalam kategori ‘gross’ dengan meraih sebanyak 822 mata untuk membawa pulang trofi juara. 

 Pasukan AOL diwakili oleh dua pemain golf remaja Sarawak iaitu Abdul Rahim Abang Abdul Rahman dan Steven Hii Tai Leong serta bekas juara Kejohanan Sarawak Classic, Lee Kah Ming. Turut sama Mohamad Duri, Omarali Mat Jais, Sukiman Aini, Zayadi Sebli, Mohamad Arifin Adenan, Kasim Ghani dan Mohd Razlin Abdul Manaf. 

 Dalam acara ‘nett’ dimenangi pasukan ONX4 diketuai Awang Madzelan Awang Bakeri selepas berjaya mengumpul 742 mata manakala Pasukan All Star yang diketuai oleh Roslan Ahmad Derus menduduki tempat kedua dengan 749 mata. 

 Dalam acara ‘gross’ individu, Lee Kah Ming muncul juara apabila meraih 73 mata menewaskan rakan sepasukannya, Steven Hii di tempat kedua dengan 75 mata manakala Norazlee Idris menduduki tempat ketiga dengan 76 pukulan pada ‘countback’ (OCB). 

 Acara ‘nett’ individu dimenangi Mohd Faizal Aminuddin yang bermain dengan handicap 16 dan mencatatkan 67 mata, mengatasi Mohammed Amin Adenan mencatat 68 mata manakala Shamsudin Bujang di tempat ketiga dengan 69 mata pada OCB. 

 Penyampaian hadiah kepada para pemenang disempurnakan oleh Pengurus Besar DGCC, Roslan Mohd Salleh yang melahirkan rasa puas hati terhadap sambutan amat menggalakkan walaupun berhadapan keadaan cuaca tidak menentu


  https://www.theborneopost.com/2016/01/05/aol-memenangi-kejohanan-golf-antara-kumpulan-media/

Saved under :

No comments:

Leave a Reply