Latest News


More

12,804 isi rumah miskin tegar disenaraikan dalam e-Kasih

Posted by : OM on : Nov 19, 2009 0 comments
OM
Saved under :
KUCHING: Setakat ini sejumlah 12,804 isi rumah miskin tegar telah disenaraikan dalam e-Kasih yang direkodkan oleh Pejabat Pembangunan Negeri (SDO), kata Menteri Pembangunan Sosial dan Urbanisasi Dato Sri William Mawan dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini semalam.Menggulung perbahasan bagi kementeriannya, Mawan memberitahu bahawa jumlah isi rumah miskin di seluruh negeri ini adalah mencecah 14,079.

Mawan berkata, kesemua permohonan di bawah senarai miskin tegar telah selesai siasatan pada 30 September tahun ini dan sejumlah 2,562 kes telah diluluskan pelbagai bantuan kebajikan bulanan.
“Untuk makluman, miskin tegar adalah isi rumah yang berpendapatan di bawah RM530 sebulan dan miskin pula adalah isi rumah yang berpendapatan di bawah RM830 sebulan mengikut takrifan paras pendapatan garis kemiskinan negeri ini,” katanya.

Beliau menjelaskan bagi permohonan di bawah senarai miskin, sebanyak 1,506 daripada 14,079 permohonan telah selesai siasatan dengan 497 kes telah diluluskan pelbagai bantuan.
Mawan menarik perhatian, ‘Projek Cari’ merupakan inisiatif Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bagi mengesan dan mencari kes-kes terpencil dan terpinggir untuk diberi bantuan kebajikan.
“Projek itu mula dilaksanakan pada Ogos tahun lalu dan proses mencari telah dipertanggungjawabkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri dengan bantuan wakil-wakil rakyat dan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan peringkat kawasan,” katanya.

Bagaimanapun, pada 5 Oktober lalu projek itu ditukar nama kepada Projek Gempur Kebajikan dengan pendekatan baru untuk memperhebat usaha mengesan keluarga yang benar-benar layak mendapat bantuan kebajikan.

Sejak projek itu dilaksanakan, sejumlah 40,209 permohonan didaftarkan sehingga 30 Oktober lalu dan berdasarkan jumlah itu sebanyak 26,023 permohonan telah selesai siasatan.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 10,474 kes telah diluluskan pelbagai bantuan, manakala 15,539 kes tidak diluluskan,” katanya sambil menambah sebanyak 14,186 kes belum disiasat.
Saved under :

No comments:

Leave a Reply