Latest News


More

Masalah gula di Lawas selesai minggu depan

Posted by : OM on : Nov 29, 2009 0 comments
OM
Saved under :

LAWAS: Masalah kekurangan bekalan gula yang membelenggu lebih 40,000 penduduk di daerah Lawas dijangka selesai apabila 75 tan metrik gula akan tiba di daerah itu minggu depan sekali gus memenuhi keperluan menjelang perayaan Krismas nanti.


Ketua Cawangan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Bahagian Sayed Nizam Sayed Zahari berkata kapal pengangkut gula dari Bintulu itu dijangka tiba di daerah Lawas minggu depan.
“Sebanyak 75 tan metrik bekalan gula akan tiba di Lawas selewat-lewatnya minggu depan.

“Bekalan tersebut mampu mengatasi masalah kekurangan bekalan yang dihadapi penduduk termasuk memenuhi permintaan menjelang perayaan Krismas nanti,” katanya ketika di hubungi Utusan Borneo di sini semalam.
Sayed Nizam berkata sebelum ini sebanyak tujuh tan metrik bekalan gula telah dihantar ke daerah Lawas termasuk tiga tan metrik pada Isnin lalu dan empat tan metrik lagi diagihkan sehari sebelum Hari Raya Aidiladha.

“Pihak kita bersama Pejabat Residen Limbang telah menghantar bekalan tambahan sebanyak empat tan metrik bekalan pada Khamis lepas untuk menampung permintaan sempena Hari Raya Aidiladha.
“Kita yakin bekalan yang ada sekarang akan dapat memenuhi keperluan penduduk sebelum bekalan baru tiba selewat-lewatnya minggu depan,” katanya.

Beliau berkata pihaknya akan menghantar sebahagian daripada bekalan sedia ada di daerah Limbang ke Lawas jika berlaku kekurangan gula.

“Pada masa ini Limbang mempunyai stok bekalan gula sekitar 150 tan metrik. Jumlah tersebut boleh menampung keperluan penduduk bagi kawasan Limbang dan Lawas,” katanya.

Selain Limbang katanya, penduduk di daerah Lawas boleh memperolehi bekalan gula dari negeri jiran Sabah.
Dalam pada itu beliau mengingatkan pengguna di Lawas agar tidak risau dan tidak melakukan pembelian panik semasa proses penghantaran segera ini kerana bekalan bahan keperluan berkenaan di daerah itu akan kembali normal menjelang minggu depan.

Beliau turut memberitahu pihak KPDNKK akan sentiasa berusaha sedaya upaya menangani masalah kekurangan bekalan akibat masalah kelewatan kapal pengangkut gula.
Saved under :

No comments:

Leave a Reply