Latest News


More

AMAL MAARUF NAHI MUNGKAR

Posted by : OM on : Dec 6, 2009 0 comments
OM
Saved under :
Sdr Hj Omarali Matjais,
Perbualan kita atas tajuk “amar ma’ruf dan dan nahi munkar” adalah dirujuk. Saya terlebih dahulu mohon maaf kerana tidak punya pengetahuan luas dalam bidang agama untuk memberi pandangan mantap di sisi agama, tetapi saya cuba memberi pandangan sekadar mampu dan dalam keterbatasan ilmu yang saya ada. Saya mohon kepada Allah swt agar sumbangan yang sedikit ini boleh menjadi penawar kepada penyakit yang memang sudah di ketahui umum dan agama sebagai penyakit yang boleh merosakkan manusia.
Surah ali imran ayat 104
“Hendaklah kamu tergolong umat yang mengajak kepada kebajikan, menyuruh mengerjakan yang benar dan melarang membuat yang salah. Mereka itu adalah orang yang beruntung (menang).”
Daripada ayat tersebut, Allah telah berfirman bahwa menyeru kepada “amar ma’ruf dan nahi mungkar” adalah ketanggungjawaban manusia untuk melaksanakan nya.
Imam ghazali dalam kitabya Ihya Ulumiddin mentfasirkan bahawa seruan Allah swt itu bermakna satu usaha yang di kategorikan dalam hukum fardu kifayah. Beliau mengatakan kalau telah bangun seseorang atau satu kumpulan(jemaah) dengan usaha tugas tersebut diatas, maka niscaya gugurlah fardu itu keatas golongan yang lain. Jika tiada orang yang bangun mengusahakan tugas itu maka berdosalah penduduk dalam kawasan itu. Allahuwa’allam.

Allah berfirman lagi , surah ali imran ayat 113-114
“Mereka tidak sama. Diantara orang-orang keturunan Kitab itu ada golongan yang lurus dan mereka membaca ayat-ayat(keterangan-keterangan) Allah di tengah malam dan mereka sujud(kepada Allah). Mereka beriman kepada Allah dan hari kemudian, mereka menyuruh mengerjakan yang benar dan melarang membuat yang salah dan menyegerakan mengerjakan perbuatan baik. Mereka itulah yang termasuk orang yang baik-baik.”
Daripada ayat-ayat ini, manusia tidak hanya di suruh beribadat kepada Allah dengan membaca kitabnya dan bersembahyang sahaja bahkan ditambah dengan seruan amar ma’ruf nahi mungkar.
Daripada keterangan ayat-ayat al’quraan di atas, jelas apa yang saudara dan rakan-rakan ingin lakukan atau usahakan itu adalah bertepatan dengan apa yang di suruh oleh Allah swt.
Pemasalahan yang ingin diselesai ialah “Bagaimana tabiat bermain judi di kalangan remaja atau orang-orang tempat saudara hendak di pulihkan ke jalan amar ma’ruf dan nahi mungkar?”
Saya telah perkatakan bahawa permainan atau perlakuan itu adalah suatu penyakit dalam diri manusia. Setiap ketagihan kepada sesuatu perbuatan adalah ketagihan kepada aktiviti yang ada dalam diri manusia. Ketagihan perbuatan, perlakuan atau aktiviti juga berunsur postif dan negatif pada pandangan masyarakat. Minat adalah adalah satu ciri yang ada dalam diri manusia. Kepandaian dan kebijaksanaan mengasah minat membawa manusia mahir dalam bidang yang diminatinya. Contoh yang paling nyata adalah bermain golf. Seseorang itu berminat menceburi permainan itu dengan cuba-cuba mendekatinya dengan cara melihat kawan-kawan bermain, kemudian dia ingin mencuba memukul bola itu, setelah itu ia mula belajar bermain di driving range, setelah itu mencubanya di padang, mendapat handicap, mengasah minat dan timbul rasa gian dan akhirnya memahami segala selok-beloknya sehingga ketahap ketagih dengan mengguna permianan itu ke tahap berjudi di padang golf. Apa masalahnya? Saudara boleh fikir sendir!

Jika begitulah setiap langkah yang diambil manusia daripada julat postif bersukan dan beriadah sehingga boleh membawa kesan buruk kepada tahap berjudi di padang golf.
Kalau saudara kaji perliku ini dengan contoh bermain daun terop atau apa jua jenis permianan yang ada taruhan melibatkan wang atau duit, maka saudara akan lihat sebab sesuatu perilaku dan aktiviti itu membawa sesuatu kesan positif and negatif pada manusia. Kalau menang dalam taruhan seseorang itu merasa dia menang, berkemahiran dan ada rezki. Kalau seseorang itu kalah, mungkin dia merasa itu bukan hari yang bernasib baik baginya dan bukan rezkinya pada hari itu. Dalam perbandingan kedua-dua keadaan pertaruhan yang dilakukan diatas, saya rasa tidak banyak bezanya di segi memahami naluri manusia. Yang membezakan kedua-duanya mungkin tempat dan sesuana ianya dilakukan. Mungkin juga orang yang melakukannya adalah berbeza disegi tahap umur, pendidikan, status atau golongan dalam sesebuah masyarakat.
Sesuatu yang dilakukan melibatkan penggunaan wang ringgit dalam mempertaruhkan kemenangan boleh membawa kesan negatif kepada perlakuan manusia kalau seseorang itu kurang atau tidak dapat mengawal diri dan nafsunya. Oleh kerana itu, dalam menjalankan usaha memberi penawar kepada sesuatu penyakit yang mungkin pada pandangan anda itu kronik, maka saudara perlu mencari penawar yang sesuai. Walapun dalam kes tertentu penyakit itu mungkin nampak sama, tetapi mungkin penawarnya berbeza. Disitulah saya berpendapat bagaimana kebijaksanaan dan kewarasan serta ditambahkan dengan kemahiran dan pengalaman menjadi unsur penting dalam mengadunkan sebuah penawar yang baik.
Dalam keadah ilmu kedoktoran pun, kita sering mendengar doktor akan memberi preskripsi ubat yang perlu dicuba dahulu. Kalau kurang berkesan, dia arahkan berjumpa semula dan dicuba ubat yang lain pula. Walaupun berkemahiran dan berilmu, dia masih juga mengguna keadah “trail and error” dalam usahanya menyembuh penyakit.
Berbailk kepada soal “strategy”. Keadah ini adalah sebuah keadah yang dicipta dalam mengendalikan pengurusan ketenteraan dan bagaimana strategi menghancur musuh. Strategi memerlukan satu matlamat yang jelas. Kupasan kepada mencapai matlamat itu perlu perincian langkah dan rancangan kecil tertentu perlu difikirkan. Gabungan kepada setiap langkah dan sumber akan menentukan samaada sesuatu tindakan itu dapat mencapai kepada matlamat yang disasarkan. Keadah ini juga banyak terpakai dalam permainan golf. Kalau anda tersasar ke luar kawasan yang dibolehkan anda akan “OB” dan perlu kembali semula ketempat asal untuk melakukan koreksi tertentu. Sudah pasti tindakan yang kurang sesuai itu pasti akan menerima kesan yang lain yang perlu diatasi sebelum sesuatu tindakan baru perlu anda ambil. An “OB” has a penalty incurred.
Ya bagaimana hendak menghadapi sebuah penyakit sosial yang pada pandangan saudara perlu dipulihkan. Syabas kerana saudara telah mendapat ganjaran pahala kerana berniat kearah yang baik itu. Seperti mana apa yang saya katakan di awal perbincangan bahwa setiap penyakit ada penawarnya. Setiap ubat itu mesti ada pencipta dan pengamalnya. Penyakit yang kronik dan rumit sudah tentu perlu analisis yang mendalam dan juga seseorang yang berkemahiran dan berilmu. Setiap ruang dalam kehidupan manusia yang ingin dibaiki itu mesti perlu diisi dengan sesuatu yang baik dan bermanafaat baginya. Jangan lupa bahwa minat menjadi kayu ukur utama dalam menentukan sambutan berterusan dan pemulihan berperingkat. Selain itu dalam proses pemulihan juga perlu keadah dan tindakan yang kosisten dan berwajaran. Dalam kontek ini kesabaran and emosi perlu dijaga agar setiap inci kebaikan yang hendak dicapai hanyalah kerana nawaitu yang betul, lkhlas dan bersandarkan doa ke hadrat Allah swt.
Saya pasti ini suatu jalan yang sukar dan lumrah di tempuhi dalam masyarakat. Tamadun hari ini tidak jauh bezanya dengan zaman silam. Saya rasa orang zaman dahulu akan merasakan mereka lebih maju daripada orang zaman ini dan sebaliknya. Saya pasti suadara akan melihat penyakit sosial yang berada di tengah masyarakat hari ini dalam ruang lingkup yang lebih holistik kerana kita berpeluang mengkajinya dalam hampir kebanyakkan sudut.
Insyallah pandangan yang sedikit yang ingin saya lontarkan kepada saudara dapat memberi sedikit-sebanyak penawar kepada penyakit yang ingin saudara ubati.

Saya doakan semoga Allah swt senantiasa membuka pintu hati-hati manusia yang telah lalai dan alpa kepada rahmat dan hidayahnya untuk kembali kejalan yang disuruhnya dan meninggal apa yang dilarangnya. Selamat bermasyuarat dan semoga Allah swt akan mengilhamkan banyak ide yang bernas untuk saudara ambil dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi. Yang baik itu hanya datang daripada Allah swt dan apa yang kurang itu datang daripada saya sendiri.

Saved under :

No comments:

Leave a Reply