Majlis Ibadah Korban dan Berkhatan dianjurkan bersama oleh PBB Ranting Punang Jaya, JKKK Kampung Punang dan Surau Nurul Syakirin selamat disempurnakan oleh Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan, Menteri Perancangan Sumber II dan Menteri Kemudahan Awam. Majlis yang dihadiri oleh kira-kira 500 orang ini berlangsung di perkarangan Surau, Punang Jaya.
8.45 pagi: [Lawas] Kebakaran Van yang berisi minyak petrol terbakar tanpa dapat dikawal. Sebuah kereta Bomba yang dalam perjalanan ke Punang untuk membantu menjayakan Majlis berkhatan terpaksa berpatah balik. Keadaan ini membuatkan penganjur panik kalau-kalau Majlis terganggu. Mujur ada satu buah lagi. Syabas Lawas ada 2 buah kereta Bomba.Gambar in dirakam dari Pasar Besar Lawas. Pada ketika ini Datuk Amar sedang berada dalam helikopter antara Awat-Awat dan Punang.
Warga Punang menunggu kehadiran pemimpin di bawah khemah
9:38 pagi: Ketibaan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan ke perkarangan Surau Nurul Syakirin disambut oleh Timbalan Ketua Ranting.
9.40 pagi: Ketibaan pemimpin disambut oleh golong muda yang bercuti sekolah. Tujuan kami bukan saja melibatkan golongan ini, tetapi agar mereka menghormati pemimpin yang berjiwa rakyat. Walaupun Majlis bermula pada pukul 10.30 pagi, Datuk Amar tiba lebih awal, menunjukkan pemimpin yang prihatin dengan kepayahan rakyat.
9:43 pagi: Datu Amar bergembira setelah mendengar nyanyian kumpulan Kompang yang diketuai oleh Awangku 'Pazan'
Datuk Amar bersalam mesra dengan warga Kampung Punang
Menghormati warga emas
Bersalaman dengan pegawai Bank
Majlis dimulakan dengan bacaan doa selamat oleh al-fadil Ustaz Omar Bin Haji Mat. Kelihatan Pegawai Daerah, Tuan Haji Supaih berbaju putih dan YB Datuk Henry Sum Agung bersebelahan dengan Datuk Amar.
Pengerusi Majlis dan Ketua Ranting PBB Punang Jaya, Saudara Bohari menyampaikan ucapan pembukaan.
10.05 pagi: Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hassan menyampaikan ucapan. Beliau menyentuh banyak isu yang membabitkan ibadah korban, perbanding manusia dengan haiwan, pentingnya pelajaran, projek-projek akan datang. Beliau juga memuji usaha kepimpinan Bob dalam menganjurkan Majlis ini. Kata-kata yang paling dinamik apabila beliau memuji kepimpinan yang membawa pembaharuan.
Para hadirin yang khyusuk mendengar ucapan Menteri
Menyerahkan kerusi roda sumbangan peribadi Datuk Amar kepada Dayang Sari. Dayang Sari diwakili oleh anak beliau.
Datuk Amar menyampaikan sumbangan peribadi beliau kepada murid tahun 6 yang cemerlang dalam perperiksaan UPSR. Lapuran Sunday Post: "Meanwhile, Tengah commended the organising committee for holding the event, which also included the presentation of academic excellence awards for the Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)...".
Menyampaikan daging korban kepada seorang ibu tunggal
Acara menyiram murid yang berkhatan bersebelahan pentas. Teringat gurauan Datuk Amar semasa saya memberitahu tentang kehadiran pihak bomba: " Kan kamu bari lamas kanak-kanak atu...?"
Seramai 25 murid yang mengikuti berkhatan beramai-ramai dan disempurnakan oleh Datuk Amar. Enjoy...
No comments: