KUCHING: Pinjaman biasiswa bakal juruterbang yang telah diluluskan kemudiannya ditolak Majlis Amanah Rakyat (MARA) disifatkan tidak konsisten dengan hasrat kerajaan untuk memperluaskan peluang pekerjaan di negara ini.Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang turut terkejut dengan penjelasan MARA itu berkata, ia merupakan satu tindakan yang tidak selari dengan matlamat kerajaan dalam membangunkan modal insane dan mewujudkan peluang pekerjaan.
“Saya juga terkejut dengan penjelasan MARA mengenai kegagalan pelatih juruterbang mendapatkan pinjaman dari mereka dan saya merasakan sikap sebegini tidak konsisten dengan hasrat kerajaan dalam memperluaskan pekerjaan.
“Kita telah membelanjakan ratusan juta untuk industri hiburan namun kita menyekat usaha dalam industri lain yang mewujudkan peluang pekerjaan yang lebih kreatif bagi cita rasa golongan belia yang sentiasa berkembang dari segi kerjaya yang ingin mereka ceburi,” katanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), semalam.
Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Santubong turut menyifatkan menyekat bantuan bagi kerjaya seperti juruterbang tidak konsisten dengan pemikiran seorang Profesor Universiti Harvard mengenai keperluan sesebuah negara itu untuk meneroka pelbagai kepintaran bagi mewujudkan pekerjaan dan peluang.
“Dari segi institusi Malaysia dua atau tiga kepintaran sedemikian, kita harus memperluaskan asas pendidikan untuk memperkayakan kemampuan dan keupayaan rakyat.
“Tambahan permintaan juruterbang sentiasa meningkat walaupun keadaan ekonomi tidak menentu,” katanya.
Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan akhbar pada Isnin lepas, seramai 24 pelajar Kolej Akademi Gulf Golden (GGIFA) di Bintulu ibarat digantung tidak bertali selepas pinjaman biasiswa mereka yang sebelum ini diluluskan, kemudiannya ditolak oleh MARA.
by Jessica Jawing @ January 20, 2010, Wednesday
Ketua Pegawai Eksekutif GGIFA, Sairi Naim pada sidang akhbar berkata, menerusi surat bertarikh 21 Februari 2008, MARA telah meluluskan permohonan kolej untuk pinjaman biasiswa bagi pelajar-pelajar terbabit bagi mendapatkan lesen Juruterbang Komersial menerusi Kursus ‘Instrument Rating’ (CPL/IR) dengan Lesen ‘Frozen Airline Transport Pilot (ATPL).
“Kira-kira 24 juruterbang kadet kami telah memohon pinjaman biasiswa daripada MARA dan 16 daripada mereka telah menjalani kursus Private Pilot’s Licence (PPL) dan ada yang telah menjalani peringkat penerbangan. Manakala lapan lagi pelajar masih belum memulakan kursus bergantung kepada kelulusan pinjaman biasiswa daripada MARA.
“Kami menganggap bahawa 16 pelajar terbabit akhirnya akan diberikan pinjaman, namun baru-baru ini MARA menghantar surat kepada kami untuk menyatakan bahawa 16 pelajar terbabit bukan pelajar tajaan MARA. Ini hanya reaksi balas kepada surat rayuan pelajar terbabit kepada Pejabat Perdana Menteri,” katanya.
by Jessica Jawing / January 20, 2010, Wednesday
Flickr Photo Stream
Selected News
Selected News
No comments: