Pokok pengkalnya ialah jika ada kecergasan sistem dalam badan murid, mereka akan lebih bersedia dan cergas untuk sepanjang hari. Journal itu juga mengatakan, apa yang lebih penting, jika anak-anak berjalan ke sekolah, mereka akan berjalan bersama-sama kawan dengan selesa, merasakan vibrasi yang positif dan seterusnya mereka merasakan kebebesan dan kebijaksanaan.
Jangan lupa juga, memandu kenderaan hingga ke tangga sekolah bukan sahaja mengundang kesilapan tetapi juga mengasapkan sekolah dan persekitarannya dengan udara yang keluar dari ekzos kereta kita.
Dari fakta di atas apakata kita syorkan kepada pihak pentadbiran sekolah supaya kereta ibu-bapa hanya dihadkan setakat bulatan kecil pada tiap-tiap pagi dan biarlah anak-anak kita berjalan kaki ke bangunan sekolah. cadangan ini terkecuali jika cuaca tidak mengizinkan dan kenderaan kakitangan.
Setakat ini ramai anak-anak tidak cukup senaman menyebabkan bermacam penyakit. Tidak kurang juga yang obese.
Serian
2 Sept 2013
No comments: